Monday, October 12, 2009

W@RK@H BU@T PUTERI



SALAM....


Terima kasih kerana mengirimkan warkah ini..... Bukan untuk membina ego diri, tetapi inilah salah satu titik tolak untuk perubahan yang lebih besar dalam hidup.....


Warkah buat puteri....


Kulakarkan warkah ini tulus dari hatiku....


Bukan niatku untuk merentap ketenanganmu....


Tapi cukuplah sekadar tanda ingatanku terhadapmu.....


Duhai puteri kebanggaan Ayah bonda,


Kelahiranmu membawa sinar bahagia mereka,


Memang dinantikan sejak sekian lama,


Seorang puteri yang teguh imannya,


Yang tabah jiwanya,


Yang kuat dirinya untuk menahan bahang api neraka buat mereka berdua...



Mata ini menjadi saksi,


Hadirmu melebarkan senyuman,


Bukan sahaja keluarga,


Tapi sekeliling turut gembira,


Islam yang ditanamkan dalam dirimu puteri sungguh indah,


Sehingga aku sendiri sebagai putera Islam iri dengan dirimu....



Wahai puteri kebanggaan keluarga,


Hadirmu bukan sahaja bawa gembira,


Turut juga menjadi derita,


Kerana tiap masa,


Dirimu yang jadi perhatian dan harus dijadikan ikutan...


Wahai puteri yang terpelihara,


Langkahmu keluar dari mahligai indah berlitup,


Sering menduga jiwa putera-putera,


Pandanganmu tak lari dari bumi,


Membuatkan kami putera-putera tinggikan darjatmu di dalam hati.....


Wahai puteri idaman putera,


Usia kita meningkat remaja,


Jiwa kita semua meronta,


kuberanikan diri meluahkan isi hati,


semoga aku orangnya putera idamanmu....


Malangnya, aku ditolakmu,


atas kata takut akan Allah,


Kecewanya aku bukan kepalang,


Namun kutabahkan jiwa ini,


Kuyakinkan untuk mempersiapkan diri,


Untuk menjadi pemilik hatimu....



Kini,


Wahai puteri srikandi Islam,


Aku ingin bertanya kembali,


ke mana perginya litup auratmu?


Arah mana anak matamu kini?


Bukan niatku untuk mempebesarkan yang remeh,


Bukan jua sekadar untuk meluahkan kecewa ditolakmu,


Tetapi sekadar peringatan.


Kini,


wajahmu tidak lagi berseri wudhuk,


Ditampal dengan keindahan palsu ciptaan Yahudi,


Kakimu indah yang kemas bersarung dulu,


Menjadi hidangan kepada yang tidak layak,


Pergaulanmu yang sering di belakang tabir,


Kini berdarah dengan bertepuk tampar bukan muhrim....


Wahai puteri,


bukan aku ingin persoalkan cara hidupmu kini,


tetapi ingin aku peringatkan,


engkaulah puteri kebanggaan semua dahulu,


sehingga engkau berjaya menjadi pencuri hati kelas pertama......


Kembalilah kepadanya,


tinggalkanlah keindahan dunia yang sementara,


Lupakanlah amalan remaja yang tidak berwibawa,


kerana sesungguhnya engkau puteri idaman sang putera.....

Jagalah kembali maruah dirimu,

Peringatilah kembali janjimu kepada Pencipta,

Kerana sesungguhnya itulah maharmu....

No comments:

Post a Comment