Wednesday, October 7, 2009

LiKe F@tHeR LiKe D@uGhteR


Salam....


Tengah sedap melayan 'movie' kat skrin tentang filem Inkheart tetiba muncul kat kepala pasal hubungan AYAH DAN ANAK PEREMPUAN.... Kenapa ye anak perempuan manja dengan ayah?


Tak kisahlah Abah ke, Ayah, Papa, Daddy, Abi, Walid, Father, Dad dan sebagainya. Yang penting dia ayah kita.


Tapi memang tak dinafikan yang sejak kecil lagi hubungan 'father daughter' sangat akrab. Kadang-kadang timbulkan iri hati buat si isteri dan anak lelaki. Errmmmm.... Sebagai perempuan juga saya akui sejak kecil saya memang rapat dengan Abah. Sayalah yang paling tak takut nak buat nakal. Saya jugalah yang bawa wajah Abah kemana-mana. Saya tengok Inkheart untuk kali yang kesepuluh pun sebab saya suka dengan watak 'caring' seorang ayah terhadap anaknya.Dan semestinya sebab anaknya yang memang sangat sayangkan ayahnya.


Seterusnya saya pun gatal tangan menggeledah 'pendrive' yang berkurun lamanya tersimpan dekat dalam lubuk laci. Terbuka satu 'folder' yang saya tahu kerja 'dak-dak surau kat matriks' sebabnya 'pendrive' saya sangat bersih dari mana-mana tazkirah pun. Terima Kasih pada mereka yang paksa masuk tazkirah-tazkirah yang memenuhkan memories sekaligus membuka mata saya.




"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya sama dengan orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T, dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan ke atasnya api neraka"


"Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah, lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak NAbi Ismail A.S."



Maka sesungguhnya saya amat mendoakan Abah diharamkan ke atasnya api neraka. Sesungguhnya sejak dalam kandungan lagi sehinggalah kini, Abahlah orangnya sentiasa menggembirakan saya (walaupun dia agak garang). Segala keperluan disediakan. Sampaikan saya sangat malu untuk dibelikan barang-barang lagi. Sebabnya Abah dan Emak selalu sediakan yang terbaik untuk saya!!!!! Sayangnya kasih sayang Abah terhadap saya sangat saya kedekut untuk dikongsi bersama kecuali dengan adik-beradik. Sebabnya, kami umpama cermin kepada diri sendiri. Degilnya saya sama macam Abah. Kawan saya yang ramai pun sebab saya tengok kawan Abah yang ramai tak putus-putus datang ke rumah. Yang paling utama, bukti saya anak kesayangan Abah, ibarat sayangnya Nabi Muhamad S.A.W terhadap Fatimah R.A ialah cara saya memandu. Sangat tidak sabar dan laju sama macam Abah. Kalau saya menunggang motorsikal pastinya orang akan tahu saya anak Abah. Terima Kasih Abah sebab selama ini bersama saya. Terima Kasih juga sebab Abah tidak menuruti langkah sesetengah kawan Abah yang beristeri lebih daripada satu. Sebabnya, selain daripada saya kesiankan Emak, rasanya saya tak mampu menahan cemburu melihat Abah memanjakan anak yang lain kecuali adik-beradik saya.
Akhir kalam, SALAM....


2 comments:

  1. assalamualaikum..

    i like this entry..maybe this person(Imam Cahaya) know why??
    hihihi....
    coz i'm very very close with my daddy (abah)..
    actually, im the youngest in my family..that's why i always pretend to be pampered...haahahha...
    ntah betul ke idak bi nih...
    hentam saja..
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuu......u r not being pampered with ur family only but also friends....

    ReplyDelete