Monday, September 28, 2009

Rasa rindu itu kembali hadir......

SALAM...
Saya ingin berkongsi sedikit- sebanyak ilmu kepada sesiapa yang membaca.... Kata orang ilmu kalau tak disampaikan rugi.......
E-mail yang saya peroleh daripada seseorang yang rajin melayari ruangan ini......Terima kasih kepada penghantar.....Dan terima kasih kepada yang membaca.....
"Beruntung bg sesiapa yg berkesempatan.....
KAABAH ENGGAN BERGERAK
Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap. Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi. Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman. Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.... "
Begitulah antara butir-butir e-mail penghantar yang dapat saya kongsikan....Selebihnya menjadi rahsia antara kami.... Tetapi sesungguhnya saya amat merindui sesuatu.........Terlalu rindu.....Malah selepas membaca e-mail ini tadi, rindu saya makin memuncak.......
Jujurnya, sebelum membaca e-mail yang dikirim teman baik sehidup-semati saya... Hati saya dipagut senyuman di celahan keletihan menghadapi hari ini.....(wah ayat berbunga habis)...... Saya mendapat satu lagi e-mail daripada seseorang yang istimewa dan memuji saya..... (biasalah manusia...lupa yang pujian itu harusnya kepada ALLAH S.W.T)...... Lalu, setelah mengkaji diri baru saya faham yang sebenarnya diri ini tidak layak mendapat pujian itu...... Lalu, dengan kerendahan hati saya membalas email itu........
Tetapi sesungguhnya hati saya begitu rindu.....Rindu untuk bertemu kekasih...Kekasih saya yang satu di rumah-Nya..Saya cukup teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci.... Sejak kecil lagi.....Lalu rindu itu makin kuat bertandang......tambahan pula selepas membaca e-mail daripada teman.... Saya ingin menjadi temannya Kaabah untuk menuju ke syurga.....Saya mahu mengelilingi kiblat seluruh muslimin itu di usia yang muda ini.... Bukan mahu mendabik dada atau menunjukkan kekayaan....Tetapi semakin meningkat usia saya diingatkan tentang mati....Sempatkah saya mengunjungi Tanah Suci???? Padahal Insyallah dengan rezeki yang ALLAH S.W.T kurniakan kepada saya, saya sudah mencapai tahap mampu...... Tetapi sayangnya saya yang sering lengah-lengahkan.....Ada saja hal duniawi yang saya dulukan......Ya, Allah zalimnya hambamu ini..... Kekangan-kekangan lain juga turut menghalang langkah saya.... Ya ALLAH, harapnya aku mampu ke rumahmu pada usia muda......Amin....

Sunday, September 27, 2009

OpEnInG

Salam....

Semuanya ada permulaan.... Dan ini adalah permulaan untuk fius yang mudah bakar....

huuhhhhuhuuuhu..... Memang nama ni tetiba jer muncul..Tak tahu turun dari langit mane......

So, this is the beginning....