Thursday, May 19, 2011

BELIAU!!~~

START!!~~

Iman melangkah laju. Walaupun Iman sedar bahawa dibelakangnya ada kaki yang melangkah mengejarnya, Iman biarkan sahaja. Semakin pantas kakinya melangkah, pantas juga tangannya menyentuh beg galas berlogo universiti tercinta yang tersangkut cantik di bahunya.

“Awak!!!” Suara si pengejarnya memang cukup jelas kedengaran.

Iman masih kental bertahan. Tangan Iman masih lagi berusaha mencari telefon bimbitnya. Akhirnya! Dapat pun telefon bimbit yang dicari. Segera didail nombor yang memang diperlukan saat ini.

“Awak!! Tunggu… Saya ada benda nak cakap ni!” Suara yang menegur itu berjaya membuatkan Iman mati langkah.

Segera suara itu mendekati Iman. Namun, wajahnya berkerut melihatkan Iman yang tangannya ditekap ke telinga. Dia ni! Jenuh aku kejar tadi, boleh pula dia tengah cakap dengan telefon! Adoyai!!!

“Waalaikumussalam.Opah sihat?” Sambil matanya menala ke arah sesusuk tubuh yang seolah kepenatan mengejarnya.

Belum sempat tubuh itu bersuara ke arah Iman, kening tubuh itu telah bertaut. Seolah kurang setuju dengan tindakan Iman yang sedang bercakap telefon itu.

“Taklah. Tak sibuk pun. Adik ok ke? Dia nakal tak?” Sungguh la gadis ini menguji kesabarannya.

Punyalah penat aku kejar tadi. Alih-alih dia boleh pula cakap telefon. Ish. Kang kalau aku terus menyampuk dia cakap kang, ada yang kata aku makhluk keji.

“Eh, kejap ye Opah. Ada orang pulak…” dengan wajah selamba, Iman pause perbualannya dengan nenek tersayang.

“Ye, ada masalah ke?” Serius Iman memang tahan gelak melihatkan muka cemberut tubuh dihadapannya yang seolah mahu menelannya hidup-hidup.

“Ni, buku awak tertinggal.” Dihulurkan buku kepada gadis yang jalan laju tadi dan terus melangkah pergi.

Punyalah payah aku kejar minah ni tadi. Aku bukannya nak ajak dia buat maksiat pun. Sekadar nak bagi buku je. Lepas tu, kalau ada rezeki lebih, bolehlah tanya nama. Ni, dahla jalan macam ribut, pastu boleh pula aci angkat call? Perghhh…. Menguji kesabaran betul!

“Terima kasih!!!” itu sahaja yang Iman sempat tuturkan dan tubuh itu hanya tersenyum dan meneruskan langkahnya semula.
“Sape tadi tu Iman?” Suara Opah di sebelah sana telefon menambahkan lagi senyuman Iman sehingga tertawa. “Iman nyakat budak mane lagi nih? Ish.. rajin benor perosah anak orang…” Opah yang memang memahami Iman mula nak keluar aura bebel. “ hahahahaa…..” pecah lagi ketawa Iman mendengarkan Opah membebel.

“ Idokle Opah. Iman bukannya hape, udah budak tu jantan, takkan la Iman nak melayan pulak…” Setelah tawanya hilang sisa Iman mula menceritakan. “Apa la salohnyer budak tu. Entah nak berkawan ker? Kamu ni Iman, idokler Opah paham. Gemo buat yang bukan-bukan.” Opah berkata lagi. Iman masih lagi tersenyum.

“Idokler Opah. Dari hujung sana nun die dok panggil Iman, bukannyer nak bagi buku tu dari awal pun, sibuk dok bertanya mende yang bukan-bukan. Iman pun teruh le jalan. Maleh Iman nak nunggunyer. Awok ni banyak kejenyer.” Iman cuba menerangkan letak duduk cerita sebenar.

“Dahtu, kamu nelepon Opah ni, sebabnyer nak nyakat budak tu ler?” Opah serkap jarang.

“Iman teruh telepon Opah ni, sebabnyer, mesti dia tak nak cakap lelama dengan Iman. Idokler sempat die nak bersoreh panjang. Terus bagi buku, pastu jalan…. Huhuuuuuu” Iman masih dengan rasa ingin ketawanya.

“pelik benor le kamu ni Iman. Orang lain, nyibuk nak berkawan, kamu nyibuk nak lari. Entah elok budak tu. Umo kamu pun bukannyer muda. Opah ni, baya kamu dah anak tiga. Kamu ni…..” Opah masih dalam aura semangat nak mengubah Iman.

“Iman kan mutiara… InsyaAllah Opah. Kalau Iman ni dapat jadi budak baik, InsyaAllah dapat la jodoh yang baik, Opah. ALLAH tu kan Maha Adil.” Iman bertutur perlahan. Mahu dijaga hati Opah, dan mahu menjaga hati sendiri.

“Kamu dah memang baik Iman…. Usahler nak merendah diri…” Opah bertutur perlahan.

Cucunya yang seorang ini cukuplah. Nakalnya, manisnya, rajinnya. Kalau ditolak nakalnya, Iman ini pastinya menjadi rebutan. Tapi tulah. Susah nak yakinkan cucu yang seorang ini. Sibuk mendabik dada mengatakan dirinya tidak cukup baik dan sedang berusaha menjadi baik. Merendah diri itu bagus Iman, tapi jangan menjatuhkan diri.


Danau kembali ke dewan. Sungguhlah dia sebenarnya penat dengan gadis yang dikejarnya tadi. Teruk betul. Dia belum lagi selesai memperkenalkan diri, langsung gadis itu melangkah pergi. Apa, dia ingat aku ni waris keturunan Watson Nyambek ke? Lepastu, boleh pula la dia cakap telefon dengan nenek dia. Ish… menguji kesabaran betul. Dia bukannya nak buat jahat pun. Apa je yang aku buat tadi sebelum dia cabut lari?

“Kita satu kursus kan?” Danau bertanya perlahan dengan gadis bertudung putih itu.

Danau nampak gadis itu hanya mengangguk perlahan sambil matanya langsung tidak sudi menala ke arah Danau.

“Nama saya Damian Naufal. Panggil saya Danau.” Tangan terhulur dan malangnya tidak pula disambut laju. Gadis bertudung putih itu masih seolah sibuk memandang ke arah pentas di dalam dewan itu.

“Awak, saya rasa dah tak ada apa-apa kat atas pentas tu. Sekarang pun dah waktu makan. Sikit lagi ada taklimat balik. Jom. Makan sekali.” Lembut Danau bertutur pada gadis bertudung putih itu.

Gadis itu, kekal senyap sunyi dan membuatkan Danau makin pelik. Bisu ke?

“Mahasiswa, Mahasiswi tahun satu Fakulti Sains dan Teknologi. Anda semua dikehendaki berkumpul semula di Dewan Anwar Mahmud tepat jam 2.30 petang. PC-PC kolej, sila pantau adik-adik.” Pemudahcara (PC) Pusat selesai berbincang dan memutuskan pergerakan pelajar-pelajar baru selepas selesai sesi pengenalan dengan fakulti.

Sebaik sahaja mendengarkan pengumuman itu, gadis tudung putih itu telah melangkah pergi. Sungguhlah! Tak sempat nak tanya nama pun. Dia dah gerak! Tiba-tiba mata Danau menangkap buku yang terletak elok di atas kerusi yang diduduki oleh gadis tudung putih itu tadi. Novel? Gila sengal. Orang dengar taklimat dia boleh pulak baca novel? Dengar taklimat ke? Sungguh-sungguh ke Danau dengar taklimat tadi atau tidurmat? Huhuhu.. Danau hanya menggaru belakang kepala.

Eh. Novel ni. Baik aku kejar dia cepat. Karang petang tak adanya aku rajin sangat nak pergi taklimat lagi. Baik aku buat tidurmat dekat bilik. Danau melangkah laju. Ish. Laju gila budak bertuah ni jalan.


Itu je. Sungguh. Aku tak sempat buat apa-apa lagi. Tahu nama dia pun tak. Adoyai. Ni yang pelik ni.


No comments:

Post a Comment