Saturday, April 16, 2011

BELIAU!!~~

PROLOG

“Iman itu sememangnya harus ada dalam diri setiap Muslim. Iman itulah yang membawa hala tuju hidup setiap Muslim sebenarnya. Tanpa Iman hidup seorang Muslim itu sia-sia. Iman yang kukuh, membawa bahagia dunia dan akhirat. Iman yang lemah, akan membawa seorang Muslim itu tenggelam dengan dunia yang sementara.”

Ustaz Kamil dengan memandang wajah anak-anak muridnya yang tekun mendengar. Langsir yang menjadi pembahagi antara jemaah lelaki dan wanita telah terselak usai Ustaz Kamil memberikan salam untuk memulakan kuliah Maghrib. Namun, barisan jemaah lelaki yang ramai membatasi Ustaz Kamil untuk melihat jemaah wanita terutama sekali tiga orang gadis yang berada di saf kedua wanita. Tiga gadis itu terhenggut-henggut bahu mereka menahan tawa. Seorang gadis yang berada di tengah-tengah antara mereka bertiga sedang menahan geram. Iman memandang tiga sahabatnya yang masih lagi tersengih dan bahu terhenggut. Baru sahaja dia nak tumpukan sepenuh perhatian dengan ceramah Ustaz Kamil, terus minatnya mati melihatkan ketawa rakannya itu.

Manis yang berada di kanan Iman tersenyum manis. Muka marah Iman tetap tidak dapat memadamkan senyumannya. Lana, yang di kiri Iman pula terkinja-kinja menahan tangan Iman yang laju sahaja mendarat dibadannya siap dengan pulasan manja. Aida pula yang berada dibelakang Iman, tertunduk-tunduk ketawa tanpa bunyi. Geram dengan reaksi rakan-rakannya itu, Iman lantas mencubit laju-laju ketiga-tiga rakannya itu.

“Ouucchhh!!!” Kuat Aida tersentak sehingga menjemput pandangan seisi surau sekolah itu. Ustaz Kamil memandang Aida dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya . “Kenapa Aida Syazana? Ada masalah?” Ustaz Kamil bertanyakan Aida. “Dia tahu nama aku la sengal…..” Perlahan tanpa menggerakkan bibir Aida menuturkan pada Iman. “Tak Ustaz. Sebenarnya, saya nak tanya.. Kalau Iman dan Muslim ‘bersama’ kebahagiaan itu akan sampai hujung hayat kan, seluruh keturunan akan bahagia ye Ustaz?” Aida bertanya sambil tersengih-sengih. “Ye, InsyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat. Seterusnya, InsyaAllah, zuriat-zuriat yang soleh dan solehah akan kita perolehi. Tetapi pokok pangkalnya, diri sendiri. Kalau diri sendiri tak lagi kukuh imannya, itu yang macam-macam masalah nanti. Aida, kamu semua ni muda lagi, dah fikirkan pasal keturunan ke?” Ustaz Kamil bertanya kembali. Aida tergaru-garu kepala.

“Aida ni memang banyak pikir Ustaz..” Iman menjawab lantang. Masih geram lagi dengan Aida yang tak habis-habis mengusik sehinggakan bertanyakan soalan tadi, sempat lagi menekan namanya dengan kuat. “Oooo… Baguslah Aida banyak fikir Iman. Tapi tulah, kalau fikir untuk kebaikan baguslah. Betulkan Iman? Muslim Razin?” Ustaz Kamil membalas sambil tersenyum. Seluruh surau menyambut kata Ustaz Kamil dengan ketawa. Hekkk….. Muka Iman terus mengembang malu. Ustaz Kamil pun bersekongkol dengan budak bertiga ni ke? Manis menyiku Iman dan menunjukkan arah saf depan bahagian jemaah lelaki. Kelihatan Daim, Azri, dan Yazid ketawa besar sambil menepuk-nepuk bahu Muslim Razin. Iman bengang. Ya Allah, sabarkanlah aku.

Iman masih geram. Di hostel, Aida, Manis dan Lana tak habis-habis lagi ketawa dengan lawak Ustaz Kamil tadi. Semua ni Abang Radhi punya pasal la. Fasilitator untuk program motivasi sekolah mereka, yang mulakan semua gosip-gosip liar ni. Hanya kerana dia dan Muslim Razin tertidur ketika program dalam kumpulan, terus dicop mereka pasangan serasi. Kemudian, siri gosip ini semakin bertambah apabila Iman dengan Muslim Razin bertekak tentang logo dan nama kumpulan. Sibuk sangat bertekak sampaikan kedua-dua mereka lupa yang sekeliling menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka berdua. Sedar-sedar, Abang Radhi sambil berpeluk tubuh senyum-senyum manis terhadap mereka berdua. Rakan sekumpulan, ketawa gatal. Iman jadi meluat. Sungguh!

Insiden gosip semakin bertambah apabila di dewan makan. Elok-elok sahaja makanan sudah dibahagikan kiri untuk perempuan dan kanan untuk lelaki. Entah bagaimana, tempat untuk membasuh pula mereka berkongsi. Sudahlah terpaksa sabar dengan pelajar lelaki yang main kroni, tak ikut barisan, lepas tu, pengotor.

Iman yang mengetuai barisan pelajar perempuan tahan sabar dengan keadaan itu. Namun, sabar Iman teruji. Boleh pula, Daim, dan Azri main pancut-pancut air. Kalau main berdua boleh tahan lagi, ni Iman pun terkena tempias.

“Weh, agak-agak ar nak main air. Pe kes main pancut-pancut ni?” Iman suarakan kemarahan. “Rileks r. Pe hal nak marah-marah?” Daim sengih-sengih kuda. “Cepatlah korang. Lepas ni nak solat lagi. Kita orang yang perempuan ni, nak mandi, nak siap-siap pegi solat. Nanti lambat kita orang jugak yang kene denda. Cepatlah.” Iman dah mula bengang. “Cik Iman jangan bengang sangat nanti cepat tua..” Azri masih lagi ligat mengawal paip air menembak-nembak Daim sambil tempiasnya terkena Iman.

Barisan pelajar perempuan mengeluh dan meluat dengan mereka. “Daim… Azri… Nak main sambung esoklah!” Lana yang berada di belakang Iman geram. “Daim, Lana nak main skali la tu. Malu-malu pulak nak ajak main esok…” Azri ketawa sambil sambung memancutkan air kepada Daim. “Nah. Jom main skali.” Daim mengajak sambil terus menghalakan paip air terhadap Lana yang sebenarnya menghala ke arah Iman. Lana yang berada dibelakang Iman terkena tempias sahaja.

“Daim!!” Iman bertempik geram. Habis basah baju kurungnya hasil kerja Daim. “Erkkk… Sorry Im. Aku nak main dengan Lana je.” Daim garu-garu kepala. “Teruklah korang ni. Boleh tak letak paip tu. Kami nak basuh bekas makanan ni!” Iman bertempik kuat. Muka Iman yang kemarahan itu tidak berani Daim dan Azri pandang. Lantas, segera Daim mencapai bekas makanan Iman dan dibasuhnya bersih. Azri juga gigih membantu Daim.

‘Harap-harap Iman tak marah lagi.’ Keduanya berdoa dalam hati. “Iman dah bersih ni. Ko jangan marah ye?” Azri cuba memujuk Iman. Iman masih diam. “Im… Sorry laaa…. Ye….” Daim juga cuba memujuk.

Aida muncul dihadapan Daim. Sambil bercekak pinggang, Aida berkata, “ Basuh semua pinggan pelajar perempuan. Baru Iman maafkan korang.” Daim dan Azri semakin cuak. “Im… Takkan semua skali kot?” Azri mula risau dengan Iman yang senyap. Iman diam membisu. Dia malas nak bersuara.

“Yelah Im. Aku basuh semua pinggan ni..” Daim mengalah dengan kesunyian Iman. Lalu, kedua mereka menyudahkan semua pinggan itu dengan Iman yang masih membeku ditemani semua pelajar perempuan yang ria dengan keadaan Daim dan Azri.

Tiba-tiba, entah muncul dari mana, Muslim Razin yang seharusnya sudah pulang ke hostel muncul semula apabila melihatkan dua rakan baiknya bertungkus lumus mencuci pinggan mangkuk. Melihatkan kawan-kawannya itu seolah dibuli, maka tercetuslah kemarahan Muslim Razin.

“Kenapa Iman buat macam tu?” Muslim Razin menyoal. “Aku buat apa?” Iman bengang membalas. “Kenapa suruh dorang basuh semua pinggan perempuan?” Muslim menyoal kembali. “Dorang yang sukarela.” Manis membalas. “Ko memang melampau la Im.” Razin yang bengang. Iman semakin meluat dengan tingkah Razin. “Im tak salah la Razin. Kitaorang yang salah…” Daim membalas lembut. “Ye la sangat. Mesti Iman punya keje ni..” Razin masih dengan emosinya. “Suka hati ko la nak pikir apa. Korang jomlah balik hostel.” Iman melangkah untuk beredar.

“Perempuan nih kalau kecik-kecik dah malas dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!” Razin mula memprovokasi. Iman tak jadi melangkah. Dia berpaling.“Laki, kalo kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.” Iman membalas. Wajah Razin berkerut menahan marah. Wajah Iman dah mencuka. Masing-masing ibarat Harimau Malaya yang mahu menerkam mangsa. Masing-masing juga ibarat Harimau Malaya yang dahagakan kemenangan di atas padang Asia Tenggara. (opsss... termasuk pasal bola pulak.. Ngeee!!~~~)

“ Iman.. Muslim.. Sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.” Abang Radhi yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka masuk campur.

“TAK NAK!!!!” Serentak Iman dan Razin bersuara. “Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak je nih. Sesuai la korang.” Abang Radhi masih lagi tersenyum-senyum mengenakan kedua mereka. “TAK NAK JUGAK!!!” Kedua-dua mereka serentak lagi.

2 comments: