Saturday, November 19, 2011

BELIAU!!~~ (3)

Mata Iman membulat.. Sungguh? Iman pandang skrin lagi lama? Biar betul?



MRazin: salam...

Iman menggosok mata. Nak kata aku rabun, kenapa tak kabur? Salah nampak? Atau aku mimpi....

MRazin: r u there?

NIman: wsalam.... n yes... o.O

MRazin: shat?
NIman: Alhamdulillah....

MRazin: k... so, macam mana belajar?

NIman: fine.

MRazin: sem ni banyak subjek tak?

NIman: blh tahan...

MRazin: maksud?

NIman: sebab tak ada rasa nak bunuh diri lagi sem ni..

MRazin: hahhahaa.... kiranya tak teruk sangatlah ni?

NIman: tak... (hoping so...).. Can i ask u a question?

MRAzin: shoot...

NIman: you are my father?

MRazin: big no... why?

NIman: u asking me just like my father. What is it actually in your mind ?

MRazin: nothing... Nampak macam caring sangat ke?

NIman: TAK!!! Anoyying!!!
MRazin: ye ke? entah2 ada orang dah jatuh h***?

NIman: yup... jatuh hairan!!!!




Muslim Razin kembali tersenyum. Nurul Iman. Saya tulis ia sebagai huruf h bersama dengan empat *. Bukan lima. Jadinya, hairan itu macam tak sesuai je?

Nurul Iman sudah jatuh pelik. Pertamanya, Muslim Razin tiba-tiba menegurnya. Kedua, Muslim Razin menjadi baik. Sangat baik sebenarnya. Ketiga, Iman rasa Iman nampak dia tulis huruf h itu bersama dengan empat * sahaja. Semoga dia tak perasan!!!


Saturday, November 12, 2011

BELIAU!!~~

Iman yang masih penat usai pulang dari kebun Opah menghempas badan ke katil. Rambutnya yang basah dibiarkan ke bantal. Kakinya dilipat menegak, perutnya dialas bantal kecil dan ‘laptop’nya yang manis bertenggek di atas bantal kecil itu. Tetingkap Skype dibuka. Nama Manis, terpapar menyala. Iman senyum manis, namun ada nada usikan dengan senyumannya.

Imgempak: Maaaaaaannnniiissssss Maaasssiiiinnnnn!!!!!

ManisSweet: Makhluk Sengal!!!
ImGempak: Berdosa beb k
au ngan aku. Awal-awal lagi kau kutuk aku.

ManisSweet: Dahtu, suke hati kau panggil aku Manis Masin pehal? Aku Manis je la!!

ImGempak :Muahahahaa… Assalamualaikum!!! Manis.. (Masin dalam hati jer)!!

ManisSweet:Waalaikumusalam manusia sengal. Baru tahu nak bagi salam.

ImGempak: :P

ManisSweet: How’s life????

ImGempak: Alhamdulillah.Biasa je. Masih di alam nyata.

ManisSweet: SENGAL MELAMPAU-LAMPAU la kau ni. Cuti ke mana?

ImGempak: hahahahaha… Kau ni kuat mengutuk aku!!! Aku cuti kat kampung. Duduk dengan Opah!!! SYURGA!!!!!

ManisSweet: Hurmmmm… So, pe cite cinta terbaru atuk ‘n’ opah kau?

Iman tersenyum lebih manis daripada tadi. Dia beralih daripada baring di atas katil ke posisi duduk. ‘Laptop’nya yang manis kini hanya tertenggek di atas tilam pula.

ImGempak: sejak bila kau jadi fanatik dengan cerita cinta dorang ni? Hahahaha

ManisSweet: sejak aku terlibat dengan makhluk sengal bernama Nurul Iman.

ImGempak: tengok tu! Kau kutuk aku lagi! Sengal2!!! Ulang lagi banyak kali, jadi doa,

aku jadi manusia sengal, aku memang tembak kau dengan senapang atuk aku!!!

ManisSweet: tamau!!!! Hahahahaha… Saja je.. Mana tahu dapat idea terbaru untuk novel pertama aku.

ImGempak: giler! Mahal kot cite atuk n opah aku! Kena bayar tinggi ni!!!

ImGempak: Eh, kau punya pekebenda tu? Seminar? Bengkel? Ke taklimat? Yang gigih

kau gi tu?

ManisSweet: Bengkel la mangkuk!

ImGempak: yelah pinggan.. Aku tak ingat. So, pe cer? Dah berkaliber macam Kak Su?

Mantap cam Imaen? Hebat cam Hlovate? Bernas cam Rnysa?

ManisSweet: Gile kau! Lepas kene panah petir kot baru aku boleh semantap tu. Aku takat

Ahadiat Akasyah jer.

ImGempak: Ceh! Keji! Ni la ciri-ciri manusia lupa diri! Baru gi bengkel, dah mendabik

dada. Aku rasa dorang terlebih servis la otak kau tu! Kau kene gi next

bengkel, bagi pulihkan balik ‘saka’ bangga diri kau tu!

ManisSweet: Chooooiiii!!! Pe citer2 antu ni!!! Taklah! Actually kan, bapak best mende

tu. Best giler. Kau pon patut join. Barulah kau boleh jadikan buku cerita cinta atuk n opah kau…….

ImGempak: hakhakhakhak…. Aku x jual cite cinta atuk n opah aku….. Mahal…. Hak

mutlak aku jer.

ManisSweet: Kedekut!!!! Patotnyer ‘share’ dengan orang ramai. Jadikan pengajaran….

ImGempak: tengoklah dulu nanti. Aku pon x terpikir. Weh….. out dulu…. Adios…

ManisSweet: okeh…. Salam…

ImGempak: wsalam

Iman menutup lipat dua ‘laptop’nya. Gilalah Manis ni punya idea. Dia ingat aku ni penulis berwibawa ke? Setakat buat karangan masa PMR dan SPM tu bolehlah. Lagipun, rasanya dia tak pandai nak bawa cerita Atuk dan Opah menjadi terlalu menarik walaupun cerita cinta mereka memang menarik baginya.

Opah yang bercita-cita tinggi dan Atuk yang sentiasa ‘fooling around’. Opah yang tak suka Atuk. Atuk yang menyukai Opah. Comel sangat. Atuk romantik yang tak perlukan ‘candle light dinner’. Opah yang sempoi, tak perlukan jeans lusuh nak membuktikan dia seorang yang sempoi.

Atuk seorang guru. Opah pelajarnya. Atuk guru yang mudah mesra. Opah pelajar yang fokus. Semua yang Atuk nak pasti akan tercapai. Semua yang Opah harapkan, sering terganggu. Atuklah puncanya.

Mana lagi nak cari ‘love story’ yang dapat kita dengar secara ‘live’ dari mulut Opah macam ni? Walaupun Atuk dah tak ada, tapi cerita-cerita lama cinta mereka sering mengundang senyum di bibir Opah. Kata Opah, kalau bercinta, carilah cinta yang diredhai. Cinta yang diredhai ialah cinta sampai mati. Walau dikubur berkaki-kaki, walau ditanda dengan nisan, cinta itu tetap subur. Subur dengan pewarisnya, dan subur dengan MANISnya.

Iman tersenyum sendiri dengan gelagat Opah yang sibuk bertanyakan tentang dirinya siang tadi. Iman baru 21 tahun la Opah. Muda lagi untuk itu ini. Masak pun takat perut sendiri lepaslah. Kalau untuk orang lain, fikir lapan belas kali jugaklah nak masakkan. Iman bukan macam anak-anak Wan Nyah yang mewarisi perniagaan katering ibu mereka yang sememangnya cekap di dapur. Sebab itulah mereka semua ‘ringan jodoh’. Lagipun, mereka memang ada kisah kasih sejak zaman sekolah lagi. Sedangkan Iman, zaman sekolah tu penuh dengan riang ria anak remaja lagi. Menyakat orang sana, mengusik orang sini. Rasanya tak pernah dia teringin nak terfikir fasal benda-benda merepek ni.

Lagipun, dia ingat lagi masa dia jadi pengawas di sekolah menengah dulu, Guru Displin merangkap Guru Pengawas, Puan Hasnah berkata kepada semua pengawas dalam satu mesyuarat tentang satu gerakan nak kurangkan masalah ‘couple’ yang sibuk nak ‘dating’ dekat sekolah sampai ponteng kelas. ‘Orang yang ada hubungan kasih ni sebenarnya kurang kasih sayang keluarga. Sebab itu dia perlukan kasih di luar untuk mengasihi dia.’ Itu yang Puan Hasnah cakap dan itu juga yang dia pegang.

Dia bukannya ketandusan kasih sayang keluarga untuk memilih kasih sayang orang luar, yang dia sendiri tak kenal untuk menumpang kasih. Papa dan Mama walaupun sibuk masih lagi menyayangi keluarga. Kalau rasa menyendiri, Opah dan makcik-makciknya masih ada untuk menemani. Abang-abangnya pun bukannya kaki ukur jalan. Yang subuh keluar, awal pagi baru balik. Keluarganya memang bahagia. Jadi apa perlunya kasih sayang orang luar yang dia tak berapa kenal tu?

Itu yang Iman tanam dalam hati. Tapi, hati Iman kan hati perempuan, sekali sekala ditegur dengan kisah hati ni, Iman terpikir juga. 21 tahun kan Iman? Semuanya bermula apabila Iman bermalas-malas di rumah Opah sebaik sahaja kenduri hari itu.

Mata Iman masih ralit memerhatikan kaca televisyen. Sesekali dia tersenyum dan ketawa melihat keletah pelaku.

“ Itu radio ke tv?” muncul Opah dengan persoalan.

Pantas Iman menoleh. “Eh, Opah. Itu radio tapi dia tunjuk dalam tv macam mana cara kerja orang radio,” balasnya sambil tersenyum.

“Ligat bebenor budak tu. Melompat sane, terjongket ke sini. Ish idak le Opah gemo nengoknyer.” Luah Opah. Iman hanya tersenyum.

Opah dengan pandangannya. Berbeza dengan dirinya. Baginya, itulah baru dikatakan menjadi diri sendiri. Tak hipokrit. Bukannya plastik.

“Tapi kalo kome, seronok le nengoknyer yer. Opah nak pesan ni, esok-esok, kalau nak cari koje, cari yang elok sikit. Bukannye menyanyi, berlakon, masuk tv atau main bola. Idak ler Opah berkenan terkejor-kejor macam tu. Lagipon, kamu tu anak dara.”

SPLASSSSSSSHHHHHHHHHHH…… perrrggghhhhhhhh… Skali terkena batang hidung…. Jantung Iman dah berdetak-detak. Aduh, pedih dengan nasihat Opah. Semua yang menjadi minat semuanya dipaku keras oleh Opah agar dia menjauhi.

Iman tersenyum. Kali ini terasa keras hujung bibir untuk naik ke pipi. ‘ Agaknya aku terpakai botox kot? Sebab tu payah sangat nak senyum manis ni.’ Olah hatinya. Di kepalanya dah terbayang gitar akustik yang tersandar cantik dibiliknya. Hatinya juga terbayangkan bermacam-macam poster yang elok terlekat di dinding biliknya. Opah… Minat Iman……

“Tapi kan Opah.. Erkkkk…” tergaru-garu dahi dia mencari kata-kata yang sesuai.

‘Haiyoh…. Macam mana ni? Karang tersalah cakap pulak.’

“Minat? Minat tu kalau bukan dasonye agama, bukan namanyer minat. Tu namenyer nafsu.” Opah memotong.

“Er... Yelah Opah. Sebab tu Iman suka masuk hutan.. Hehehehe…” Iman tersenyum.

Kata-kata Opah ada benarnya. Betullah, minat kalau bukan berdasarkan agama, nanti hidup bertuhankan nafsu.

“Lama ke cutinya?” Opah bertanya setelah mata Iman kembali ke kaca tv.

“Lama jugak. Dalam sebulan lebih. Kenape Opah? Ade koje ke?” Dia kembali berpaling kepada Opah.

“Ermmm… Lama jugak tu. Opah ingat nak balik kampung. Nak nengok dusun, kebun. Kalo-kalo ade yang nak diracun ke.” Opah membalas.

Laju Iman berpusing. Opah nak balik kampung? Seronoknye!!!!

“Opah, nak ikut!!! Boleh tak?” Iman buat muka manis. Pohon simpati.

“Memang Opah nak ajak kamu teman pon. Idok le nak pergi sorang. Ngamuk anak-anak Opah kang.” Yes!!!!!

Iman dah tersenyum gembira. Akhirnya keluar juga dia dari rumah. Sebaik menjejaki rumah untuk menghabiskan cuti , dia dah terbayang yang hidupnya akan bosan. Mama dan Papa dengan kerja. Abang-abang yang baru nak membina kehidupan hanya akan pulang malam. Dia? Pastinya beraksi anak dara pingitan yang baik duduk di rumah sahaja dengan kerja-kerja sebagai surirumah. Bosan!!!

Nak keluar? Kemana? Pusat membeli-belah? Pergi kalau tak membeli barang, bukan pula hobinya menjual muka bertenggek di situ. Jumpa kawan-kawan? Untuk apa? Bersembang? Skype, Facebook, Twitter dan paling koman pun emel kan ada? Percuma. Tak payah keluar modal. Mujurlah Opah ada idea bernas ni. Fuh!!!! Terisi sungguh cuti dengan Opah. Ikhwan tu senang jer. Diangkutnya saja. Takpun, Papa dan Mama pasti ada cara untuk bantu Iman.

‘Opah ni, jalan tak ingat dunia. Mentang-mentanglah dekat tanah tumpah darah dia!’ Lelah Iman mengekori Opahnya yang jauh kehadapan.

Tiba- tiba Opah menoleh. “Lambatnya. Macamana ke gayenye kamu manjat bukit tu? Lambat bebenor. Baru jalan landai rupa ni, udah tak lalu. Umo muda lagi. Langkah tu laju sikit.”

‘Opah ni macam tahu-tahu je yang hati ter’mengumpat’ dia.

“Ala, Opah yang ter’extra’ tenaga. Mentang-mentangla dekat tempat dia. Kalau panjat bukit tu, panjat gunung tu, bukannya kejor sape cepat sampai. Bukannya masuk acara pecut pun.” Iman membalas. Opah hanya senyum menggeleng.

“Arwah Atuk kamu dulu, kalo berjalan, selalu nak laju. Katanya masa tu emas. Tapi tak sangka pulak, cucunya ni cepat lelah, semput!” Opah menambah sambil terseyum.

Erkk….. Apasal rasa macam telinga dan hidung kena calit dengan sambal belacan nih. Aduh. Pedasnya. Opah bagi sedas!

Opah tersenyum melihat Iman laju memotong langkahnya. Pantang sungguh cucunya itu kalau ada perbezaan dirinya dengan datuknya. Tak pernah bersua muka, tetapi datuknya jugalah yang menjadi idola. Apabila dikatakan datuknya pandai menyanyi, laju sahaja dia mengeluarkan suara. Dikatakan arwah datuknya dahulu pengadil bola sepak, dia laju je menendang bola. Iman.. Iman..

Opah tersenyum. Keletah cucunya mewarnai hidupnya. Sambil membuka lembaran lama hidupnya. Imanlah satu-satunya cucu yang sanggup melebar telinga mendengar cerita cintanya dahulu. Iman juga telah mengulang-tayang cerita-ceritanya kepada sepupu-sepupunya yang lain, namun dalam versi yang lebih menarik. Iman bijak mengambil hati. Sungguh menambat hati. Diberi nasihat, terima dengan redha nasihat yang diberi. Disogok dengan cerita, tak jemu dia menghayati.

Iman menoleh. Eh, mana pulak Opah ni? Dia tertoleh-toleh ke belakang. Tadi dia yang tak puas hati cucunya lambat. Sekarang ni? Iman berpatah balik. Kembali kepada neneknya yang masih berdiri di tempat dia berhenti tadi.

“Opah, kenapa? Tak sihat ke?” Iman prihatin.

“Rumah tu. Rumah lama Opah. Masa kecik-kecik, Opah dok situ. Onyang Jantan selalu pergi belayor. Onyang Perempuan, jaga rumah. Sungai yang belakang tu, tempat Opah berkubang. Pakai kain batik, pegang dua bijik kelapa. Sebelah kiri sebiji sebelah kanan sebijik. Jadikan macam pelampung macam budak-budak sekarang dok pakai. Seronok. Terapung. Berenang. Zaman budak-budak.” Iman tersenyum mendengar cerita Opah. Zaman kanak-kanak Opah yang meriah. Indahnya berada di kampung. Opah masih memandang Iman. Cucunya itu memang rajin melayan ceritanya.

Langkah mereka diteruskan untuk ke kebun buah-buahan. Walaupun bukan musim buah, kebersihan dan kesihatan pokok-pokok perlu dijaga. Tersenyum riang Iman apabila mula bekerja. Rumput dicabut, semak ditebas, lalang diracun. Beberapa anak pokok yang baru ditanam.

“Pokok pon macam orang. Kena dibelai selalu. Bersembang. Bagi baja. Air. Cahaya kena cukup. Macam orang bercinta.” Opah memulakan kembali perbualan.

Iman tersenyum mendengar kata-kata Opah, namun pada ayat terakhir, Iman keras di situ. ‘Erkkk…. Apasal rasa macam nak keras macam batu nih? Opah dah mula dah.

“Kamu tak ade sape-sape?” Opah mulakan ayat pancing.

‘Kan betul. Haiyoh…. Ni yang malas ni.’ Iman hanya tersenyum membatu.

“Opah dulu umur 16 dah kawin. Dengan Atuk kamu. Kamu takkan tak ade? Anak-anak Wan Co semua dah kahwin kecuali Mira. Itupun dah bertunang. Wan Nyah kamu? Semuanya dah beranak pun. Opah pelik dengan kamu ni. Takkan tak ade langsung berkawan?” Opah mulakan soal siasat.

Iman hanya membalas dengan senyuman. Tak terjumpa kata-kata yang sesuai.

“Iman? Senyum tu idak keluar sepatah. Opah idak paham makna senyum tu.” Opah cuba kail kata Iman.

Lembut Iman melepas nafas. “Iman tak ade sape-sape pon. Banyak benda lain lagi yang kene pikir.” Balas Iman.

Harap-harap Opah dah tak tanya lagi. Bisik Iman dalam hati.

“Pikir? Apa lagi? Abes blajo, keje. Pastu ape lagi?” Opah memulakan soal jawab tentang jodohnya.

Iman mengalihkan anak pokok dari tepi jalan ke berhampiran lubang yang dah digalinya. Sambil menanak kata untuk membalas kata Opah. ‘Masak ar aku hari ni. Alamatnya ‘tumpor’ le jawabnya kalau Opah teruskan lagi.

“Iman?” Opah mulakan nada curiganya.

“Ala Opah ni. Iman bukannya jiwang karat leleh macam cucu-cucu Opah yang lain. Iman jenis rilek-rilek jer. Kawan lelaki tu ramai. Ramai macam kawan dengan perempuan je. Lebih-lebih, tak de. Lagipun, Iman tak jumpa pon lelaki yang baik macam Arwah Atuk. Macam Papa. All the good man was taken. Semua dah kahwin la Opah.” Perghh… Harap-harap Opah dah tak bertanya lagi.

“Takkan dah pupus terus? Usah kamu nak bohong Opah. Kamu tu aje yang ambik ringan.” Opah membalas. “ Yelah. Iman yang ambik ringan. Iman yang tak nak pikir.” Dia mengalah. Harapannya agar Opah mengubah arah perbincangan.

“Tanah tu gemburkan dulu. Jangan terus letak je bajanya.” Opah menegur cara kerjanya.

Yes!! Alur bicara akan berubah. Cepat-cepat. Signal dah dapat.

“Ye ke Opah? Tak payah letak terus je ke?” Iman mula meng’adjust’ kata.

‘Alang-alang Opah terlajak cakap, baik cepat ubah. Karang dia masuk gear undur, aku jugak yang tertenyeh-tenyeh telinga nak menjawabnya.

“Opah dah ngajor lame dulu dah kan? Kamu ni saje je kan nak ubah cakap Opah?” Opah tersedar. Iman senyum kambing. ‘KANTOIII!!!!’

Sunday, July 3, 2011

Heyya!!~~

SALAM....

Lately, memang malas nak update blog. Apatah lagi menyambung cerita beliau. Terukkan? Memang teruk pun.
First of all, nak bagitau semua yang blogging tentang diri sendiri ni bukan cara saya. Seriously, saya bukan dia, beliau, mereka atau kome2 yang gemar menulis pasal diri sendiri. Kemudian, upload gambar dengan pelbagai gaya dan rupa. Sebab? Saya adalah saya. Saya bukan jenis yang low profile sangat sebenarnya. Tapi saya bukan seseorang yang terlalu rajin nak ikut trend. Kalau ada seorang blogger yang jadi terkenal sebab berblog mengenai dirinya, maka ramailah pula yang mengikutinya dan nak terkenal macam beliau.....
Bagi saya, blog adalah tempat untuk menulis. Ia bukannya terlalu jujur untuk dijadikan diari, dan bukannya terlalu hipokrit untuk dijadikan majalah hiburan.... Diari= jujur? Ye!! Totally betul... Diari untuk diri sendiri kan? Dan takkan dengan diari pun kita nak berhipokrasi? Majalah hiburan hipokrit? Mungkin. Sebabnya, kalau bukan sebab penulisnya, mungkin juga sebab subjeknya. Selain itu, ayat selamat no comment. Huh... Memang minta kaki...
Anyway, kita adalah kita. tak perlu terlalu plastik. Baik di alam maya ni, atau kat alam realiti. Lagi satu, saya cukup benci dengan orang yang menyampaikan kemarahannya dengan menulis. Memanglah aku punya blog suka hati akulah... Tapi, kita Melayu kan? Kita beragama Islam kan? Budi bahasa kan budaya kita. Tak kisahlah secara pertuturan ke, perbuatan ke atau penulisan... Marah tu kan hasutan syaitan. Tak payahlah nak bagitahu satu dunia apa yang awak rasa dan apa yang awak alami... Life is all about the preparation to be there. There? Kata Islam kan? Fikirlah sendiri.
Anyway, thanks for reading. Really appreciate this!!~

Thursday, May 19, 2011

BELIAU!!~~

START!!~~

Iman melangkah laju. Walaupun Iman sedar bahawa dibelakangnya ada kaki yang melangkah mengejarnya, Iman biarkan sahaja. Semakin pantas kakinya melangkah, pantas juga tangannya menyentuh beg galas berlogo universiti tercinta yang tersangkut cantik di bahunya.

“Awak!!!” Suara si pengejarnya memang cukup jelas kedengaran.

Iman masih kental bertahan. Tangan Iman masih lagi berusaha mencari telefon bimbitnya. Akhirnya! Dapat pun telefon bimbit yang dicari. Segera didail nombor yang memang diperlukan saat ini.

“Awak!! Tunggu… Saya ada benda nak cakap ni!” Suara yang menegur itu berjaya membuatkan Iman mati langkah.

Segera suara itu mendekati Iman. Namun, wajahnya berkerut melihatkan Iman yang tangannya ditekap ke telinga. Dia ni! Jenuh aku kejar tadi, boleh pula dia tengah cakap dengan telefon! Adoyai!!!

“Waalaikumussalam.Opah sihat?” Sambil matanya menala ke arah sesusuk tubuh yang seolah kepenatan mengejarnya.

Belum sempat tubuh itu bersuara ke arah Iman, kening tubuh itu telah bertaut. Seolah kurang setuju dengan tindakan Iman yang sedang bercakap telefon itu.

“Taklah. Tak sibuk pun. Adik ok ke? Dia nakal tak?” Sungguh la gadis ini menguji kesabarannya.

Punyalah penat aku kejar tadi. Alih-alih dia boleh pula cakap telefon. Ish. Kang kalau aku terus menyampuk dia cakap kang, ada yang kata aku makhluk keji.

“Eh, kejap ye Opah. Ada orang pulak…” dengan wajah selamba, Iman pause perbualannya dengan nenek tersayang.

“Ye, ada masalah ke?” Serius Iman memang tahan gelak melihatkan muka cemberut tubuh dihadapannya yang seolah mahu menelannya hidup-hidup.

“Ni, buku awak tertinggal.” Dihulurkan buku kepada gadis yang jalan laju tadi dan terus melangkah pergi.

Punyalah payah aku kejar minah ni tadi. Aku bukannya nak ajak dia buat maksiat pun. Sekadar nak bagi buku je. Lepas tu, kalau ada rezeki lebih, bolehlah tanya nama. Ni, dahla jalan macam ribut, pastu boleh pula aci angkat call? Perghhh…. Menguji kesabaran betul!

“Terima kasih!!!” itu sahaja yang Iman sempat tuturkan dan tubuh itu hanya tersenyum dan meneruskan langkahnya semula.
“Sape tadi tu Iman?” Suara Opah di sebelah sana telefon menambahkan lagi senyuman Iman sehingga tertawa. “Iman nyakat budak mane lagi nih? Ish.. rajin benor perosah anak orang…” Opah yang memang memahami Iman mula nak keluar aura bebel. “ hahahahaa…..” pecah lagi ketawa Iman mendengarkan Opah membebel.

“ Idokle Opah. Iman bukannya hape, udah budak tu jantan, takkan la Iman nak melayan pulak…” Setelah tawanya hilang sisa Iman mula menceritakan. “Apa la salohnyer budak tu. Entah nak berkawan ker? Kamu ni Iman, idokler Opah paham. Gemo buat yang bukan-bukan.” Opah berkata lagi. Iman masih lagi tersenyum.

“Idokler Opah. Dari hujung sana nun die dok panggil Iman, bukannyer nak bagi buku tu dari awal pun, sibuk dok bertanya mende yang bukan-bukan. Iman pun teruh le jalan. Maleh Iman nak nunggunyer. Awok ni banyak kejenyer.” Iman cuba menerangkan letak duduk cerita sebenar.

“Dahtu, kamu nelepon Opah ni, sebabnyer nak nyakat budak tu ler?” Opah serkap jarang.

“Iman teruh telepon Opah ni, sebabnyer, mesti dia tak nak cakap lelama dengan Iman. Idokler sempat die nak bersoreh panjang. Terus bagi buku, pastu jalan…. Huhuuuuuu” Iman masih dengan rasa ingin ketawanya.

“pelik benor le kamu ni Iman. Orang lain, nyibuk nak berkawan, kamu nyibuk nak lari. Entah elok budak tu. Umo kamu pun bukannyer muda. Opah ni, baya kamu dah anak tiga. Kamu ni…..” Opah masih dalam aura semangat nak mengubah Iman.

“Iman kan mutiara… InsyaAllah Opah. Kalau Iman ni dapat jadi budak baik, InsyaAllah dapat la jodoh yang baik, Opah. ALLAH tu kan Maha Adil.” Iman bertutur perlahan. Mahu dijaga hati Opah, dan mahu menjaga hati sendiri.

“Kamu dah memang baik Iman…. Usahler nak merendah diri…” Opah bertutur perlahan.

Cucunya yang seorang ini cukuplah. Nakalnya, manisnya, rajinnya. Kalau ditolak nakalnya, Iman ini pastinya menjadi rebutan. Tapi tulah. Susah nak yakinkan cucu yang seorang ini. Sibuk mendabik dada mengatakan dirinya tidak cukup baik dan sedang berusaha menjadi baik. Merendah diri itu bagus Iman, tapi jangan menjatuhkan diri.


Danau kembali ke dewan. Sungguhlah dia sebenarnya penat dengan gadis yang dikejarnya tadi. Teruk betul. Dia belum lagi selesai memperkenalkan diri, langsung gadis itu melangkah pergi. Apa, dia ingat aku ni waris keturunan Watson Nyambek ke? Lepastu, boleh pula la dia cakap telefon dengan nenek dia. Ish… menguji kesabaran betul. Dia bukannya nak buat jahat pun. Apa je yang aku buat tadi sebelum dia cabut lari?

“Kita satu kursus kan?” Danau bertanya perlahan dengan gadis bertudung putih itu.

Danau nampak gadis itu hanya mengangguk perlahan sambil matanya langsung tidak sudi menala ke arah Danau.

“Nama saya Damian Naufal. Panggil saya Danau.” Tangan terhulur dan malangnya tidak pula disambut laju. Gadis bertudung putih itu masih seolah sibuk memandang ke arah pentas di dalam dewan itu.

“Awak, saya rasa dah tak ada apa-apa kat atas pentas tu. Sekarang pun dah waktu makan. Sikit lagi ada taklimat balik. Jom. Makan sekali.” Lembut Danau bertutur pada gadis bertudung putih itu.

Gadis itu, kekal senyap sunyi dan membuatkan Danau makin pelik. Bisu ke?

“Mahasiswa, Mahasiswi tahun satu Fakulti Sains dan Teknologi. Anda semua dikehendaki berkumpul semula di Dewan Anwar Mahmud tepat jam 2.30 petang. PC-PC kolej, sila pantau adik-adik.” Pemudahcara (PC) Pusat selesai berbincang dan memutuskan pergerakan pelajar-pelajar baru selepas selesai sesi pengenalan dengan fakulti.

Sebaik sahaja mendengarkan pengumuman itu, gadis tudung putih itu telah melangkah pergi. Sungguhlah! Tak sempat nak tanya nama pun. Dia dah gerak! Tiba-tiba mata Danau menangkap buku yang terletak elok di atas kerusi yang diduduki oleh gadis tudung putih itu tadi. Novel? Gila sengal. Orang dengar taklimat dia boleh pulak baca novel? Dengar taklimat ke? Sungguh-sungguh ke Danau dengar taklimat tadi atau tidurmat? Huhuhu.. Danau hanya menggaru belakang kepala.

Eh. Novel ni. Baik aku kejar dia cepat. Karang petang tak adanya aku rajin sangat nak pergi taklimat lagi. Baik aku buat tidurmat dekat bilik. Danau melangkah laju. Ish. Laju gila budak bertuah ni jalan.


Itu je. Sungguh. Aku tak sempat buat apa-apa lagi. Tahu nama dia pun tak. Adoyai. Ni yang pelik ni.


Saturday, April 16, 2011

BELIAU!!~~

PROLOG

“Iman itu sememangnya harus ada dalam diri setiap Muslim. Iman itulah yang membawa hala tuju hidup setiap Muslim sebenarnya. Tanpa Iman hidup seorang Muslim itu sia-sia. Iman yang kukuh, membawa bahagia dunia dan akhirat. Iman yang lemah, akan membawa seorang Muslim itu tenggelam dengan dunia yang sementara.”

Ustaz Kamil dengan memandang wajah anak-anak muridnya yang tekun mendengar. Langsir yang menjadi pembahagi antara jemaah lelaki dan wanita telah terselak usai Ustaz Kamil memberikan salam untuk memulakan kuliah Maghrib. Namun, barisan jemaah lelaki yang ramai membatasi Ustaz Kamil untuk melihat jemaah wanita terutama sekali tiga orang gadis yang berada di saf kedua wanita. Tiga gadis itu terhenggut-henggut bahu mereka menahan tawa. Seorang gadis yang berada di tengah-tengah antara mereka bertiga sedang menahan geram. Iman memandang tiga sahabatnya yang masih lagi tersengih dan bahu terhenggut. Baru sahaja dia nak tumpukan sepenuh perhatian dengan ceramah Ustaz Kamil, terus minatnya mati melihatkan ketawa rakannya itu.

Manis yang berada di kanan Iman tersenyum manis. Muka marah Iman tetap tidak dapat memadamkan senyumannya. Lana, yang di kiri Iman pula terkinja-kinja menahan tangan Iman yang laju sahaja mendarat dibadannya siap dengan pulasan manja. Aida pula yang berada dibelakang Iman, tertunduk-tunduk ketawa tanpa bunyi. Geram dengan reaksi rakan-rakannya itu, Iman lantas mencubit laju-laju ketiga-tiga rakannya itu.

“Ouucchhh!!!” Kuat Aida tersentak sehingga menjemput pandangan seisi surau sekolah itu. Ustaz Kamil memandang Aida dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya . “Kenapa Aida Syazana? Ada masalah?” Ustaz Kamil bertanyakan Aida. “Dia tahu nama aku la sengal…..” Perlahan tanpa menggerakkan bibir Aida menuturkan pada Iman. “Tak Ustaz. Sebenarnya, saya nak tanya.. Kalau Iman dan Muslim ‘bersama’ kebahagiaan itu akan sampai hujung hayat kan, seluruh keturunan akan bahagia ye Ustaz?” Aida bertanya sambil tersengih-sengih. “Ye, InsyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat. Seterusnya, InsyaAllah, zuriat-zuriat yang soleh dan solehah akan kita perolehi. Tetapi pokok pangkalnya, diri sendiri. Kalau diri sendiri tak lagi kukuh imannya, itu yang macam-macam masalah nanti. Aida, kamu semua ni muda lagi, dah fikirkan pasal keturunan ke?” Ustaz Kamil bertanya kembali. Aida tergaru-garu kepala.

“Aida ni memang banyak pikir Ustaz..” Iman menjawab lantang. Masih geram lagi dengan Aida yang tak habis-habis mengusik sehinggakan bertanyakan soalan tadi, sempat lagi menekan namanya dengan kuat. “Oooo… Baguslah Aida banyak fikir Iman. Tapi tulah, kalau fikir untuk kebaikan baguslah. Betulkan Iman? Muslim Razin?” Ustaz Kamil membalas sambil tersenyum. Seluruh surau menyambut kata Ustaz Kamil dengan ketawa. Hekkk….. Muka Iman terus mengembang malu. Ustaz Kamil pun bersekongkol dengan budak bertiga ni ke? Manis menyiku Iman dan menunjukkan arah saf depan bahagian jemaah lelaki. Kelihatan Daim, Azri, dan Yazid ketawa besar sambil menepuk-nepuk bahu Muslim Razin. Iman bengang. Ya Allah, sabarkanlah aku.

Iman masih geram. Di hostel, Aida, Manis dan Lana tak habis-habis lagi ketawa dengan lawak Ustaz Kamil tadi. Semua ni Abang Radhi punya pasal la. Fasilitator untuk program motivasi sekolah mereka, yang mulakan semua gosip-gosip liar ni. Hanya kerana dia dan Muslim Razin tertidur ketika program dalam kumpulan, terus dicop mereka pasangan serasi. Kemudian, siri gosip ini semakin bertambah apabila Iman dengan Muslim Razin bertekak tentang logo dan nama kumpulan. Sibuk sangat bertekak sampaikan kedua-dua mereka lupa yang sekeliling menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka berdua. Sedar-sedar, Abang Radhi sambil berpeluk tubuh senyum-senyum manis terhadap mereka berdua. Rakan sekumpulan, ketawa gatal. Iman jadi meluat. Sungguh!

Insiden gosip semakin bertambah apabila di dewan makan. Elok-elok sahaja makanan sudah dibahagikan kiri untuk perempuan dan kanan untuk lelaki. Entah bagaimana, tempat untuk membasuh pula mereka berkongsi. Sudahlah terpaksa sabar dengan pelajar lelaki yang main kroni, tak ikut barisan, lepas tu, pengotor.

Iman yang mengetuai barisan pelajar perempuan tahan sabar dengan keadaan itu. Namun, sabar Iman teruji. Boleh pula, Daim, dan Azri main pancut-pancut air. Kalau main berdua boleh tahan lagi, ni Iman pun terkena tempias.

“Weh, agak-agak ar nak main air. Pe kes main pancut-pancut ni?” Iman suarakan kemarahan. “Rileks r. Pe hal nak marah-marah?” Daim sengih-sengih kuda. “Cepatlah korang. Lepas ni nak solat lagi. Kita orang yang perempuan ni, nak mandi, nak siap-siap pegi solat. Nanti lambat kita orang jugak yang kene denda. Cepatlah.” Iman dah mula bengang. “Cik Iman jangan bengang sangat nanti cepat tua..” Azri masih lagi ligat mengawal paip air menembak-nembak Daim sambil tempiasnya terkena Iman.

Barisan pelajar perempuan mengeluh dan meluat dengan mereka. “Daim… Azri… Nak main sambung esoklah!” Lana yang berada di belakang Iman geram. “Daim, Lana nak main skali la tu. Malu-malu pulak nak ajak main esok…” Azri ketawa sambil sambung memancutkan air kepada Daim. “Nah. Jom main skali.” Daim mengajak sambil terus menghalakan paip air terhadap Lana yang sebenarnya menghala ke arah Iman. Lana yang berada dibelakang Iman terkena tempias sahaja.

“Daim!!” Iman bertempik geram. Habis basah baju kurungnya hasil kerja Daim. “Erkkk… Sorry Im. Aku nak main dengan Lana je.” Daim garu-garu kepala. “Teruklah korang ni. Boleh tak letak paip tu. Kami nak basuh bekas makanan ni!” Iman bertempik kuat. Muka Iman yang kemarahan itu tidak berani Daim dan Azri pandang. Lantas, segera Daim mencapai bekas makanan Iman dan dibasuhnya bersih. Azri juga gigih membantu Daim.

‘Harap-harap Iman tak marah lagi.’ Keduanya berdoa dalam hati. “Iman dah bersih ni. Ko jangan marah ye?” Azri cuba memujuk Iman. Iman masih diam. “Im… Sorry laaa…. Ye….” Daim juga cuba memujuk.

Aida muncul dihadapan Daim. Sambil bercekak pinggang, Aida berkata, “ Basuh semua pinggan pelajar perempuan. Baru Iman maafkan korang.” Daim dan Azri semakin cuak. “Im… Takkan semua skali kot?” Azri mula risau dengan Iman yang senyap. Iman diam membisu. Dia malas nak bersuara.

“Yelah Im. Aku basuh semua pinggan ni..” Daim mengalah dengan kesunyian Iman. Lalu, kedua mereka menyudahkan semua pinggan itu dengan Iman yang masih membeku ditemani semua pelajar perempuan yang ria dengan keadaan Daim dan Azri.

Tiba-tiba, entah muncul dari mana, Muslim Razin yang seharusnya sudah pulang ke hostel muncul semula apabila melihatkan dua rakan baiknya bertungkus lumus mencuci pinggan mangkuk. Melihatkan kawan-kawannya itu seolah dibuli, maka tercetuslah kemarahan Muslim Razin.

“Kenapa Iman buat macam tu?” Muslim Razin menyoal. “Aku buat apa?” Iman bengang membalas. “Kenapa suruh dorang basuh semua pinggan perempuan?” Muslim menyoal kembali. “Dorang yang sukarela.” Manis membalas. “Ko memang melampau la Im.” Razin yang bengang. Iman semakin meluat dengan tingkah Razin. “Im tak salah la Razin. Kitaorang yang salah…” Daim membalas lembut. “Ye la sangat. Mesti Iman punya keje ni..” Razin masih dengan emosinya. “Suka hati ko la nak pikir apa. Korang jomlah balik hostel.” Iman melangkah untuk beredar.

“Perempuan nih kalau kecik-kecik dah malas dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!” Razin mula memprovokasi. Iman tak jadi melangkah. Dia berpaling.“Laki, kalo kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.” Iman membalas. Wajah Razin berkerut menahan marah. Wajah Iman dah mencuka. Masing-masing ibarat Harimau Malaya yang mahu menerkam mangsa. Masing-masing juga ibarat Harimau Malaya yang dahagakan kemenangan di atas padang Asia Tenggara. (opsss... termasuk pasal bola pulak.. Ngeee!!~~~)

“ Iman.. Muslim.. Sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.” Abang Radhi yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka masuk campur.

“TAK NAK!!!!” Serentak Iman dan Razin bersuara. “Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak je nih. Sesuai la korang.” Abang Radhi masih lagi tersenyum-senyum mengenakan kedua mereka. “TAK NAK JUGAK!!!” Kedua-dua mereka serentak lagi.

BELIAU!!~~

SALAM....
Hello everyone.... Actually the main purpose of this blog is for me to write and read my own experience.... which can be simplify in a word = BELIAU...

However, the courage to give the full focus on BELIAU never been existed before... So, I hope, after this horror semester, I would present BELIAU in full version in hardcopy and maybe online version.... Who knows ???

Anyway, BELIAU actually just a throw out from my mind... So, if there any what? why? and when? .... Seriously, I cant answer sincerely.....

Therefore, please, read it as another way you gain a knowledge.... Seriously, please...Please dont compare this to anyone life, novel, or anything... It just coming out from my mind and I just change it to the words that I understand. Presenting BELIAU in this novel actually presenting the part of my way of think... Its quiet tough for me and I hope that it just a story....
Thanks for reading......

Monday, January 31, 2011

Risau+Redha+R

SALAM....

Dah lama rasanya tak menulis entry di sini.... Tapi, few days back, hati meronta-ronta nak menulis. Agaknya ada yang tak kena dengan diri sendiri....

Tengok blog-blog yang lain dan melompat dari satu post ke satu post..... Hurmmm.... Krisis di Mesir.... Tak tahu nak cakap apa... Yang paling penting, tolonglah... Kurangkanlah kemalangan jiwa dan kerosakan alam... Kepada yang berkenaan, sila jangan pentingkan diri. Buat rakyat Malaysia di sana, semoga Allah merahmati anda semua...

Kepada pihak yang terlibat terutamanya kerajaan, silalah selamatkan rakyat Malaysia... Tak kisahlah dari pihak mana pun. Asalkan keselamatan rakyat Malaysia terjaga..

Harapnya, ada berita baik untuk seluruh Ummah.... Semoga mereka baik-baik sahaja...

Hurrmmmmm... Semoga selamat semuanya... Ya Allah, lindungilah saudara-saudaraku daripada sebarang malapetaka.... Jauhkanlah mereka dari perkara-perkara yang buruk....

Amin.....