Wednesday, October 7, 2009

Terima kasih kepada dia yang sering mengingatkan saya. Ingatkan saya tentang cara hidup saya. Syukur Alhamdulillah punya sahabat sebaik dia. Syukur juga kerana punya teman sehebat dia. Kalau nak dibandingkan dengan diri ini memang macam langit dan bumi. Dia sangat kaya. Kaya dengan ilmu. Ilmu yang mampu membentuk diri menjadi insan mulia. Kalau mata kasar lihat wajah dia, nampak berserinya. Kalau mata hati yang melihat dia, pastinya nampak cantik dirinya. Saat saya terumbang-ambing dengan dunia yang fana, dia datang membawa buah tangan yang cukup bermakna. Agar saya fokus dengan niat dan tujuan asal. Semoga persahabatan kita sampai Akhirat. Mesej yang dia bagi ni pun masa diri sangat 'down'. Jadi, harapnya perkongsian ini dapat memberikan manfaat bersama.

"Allah swt telah memuliakan ummat ini dengan 5 kemuliaan:

1. Allah swt menjadikan mereka lemah, supaya tidak sombong.

2. Allah swt menjadikan mereka kecil-kecil supaya tidak memberatkan makan minum dan pekerjaan.

3. Allah swt menjadikan usia mereka pendek, supaya kurang dosa mereka.

4. Allah swt menjadikan mereka fakir dan miskin, supaya meringankan hisab mereka di Hari Akhirat.

5. Allah swt menjadikan mereka ummat terakhir, supaya tidak lama tinggal dalam kubur."

Jadi kenapa yer masih ada lagi orang yang mengeluh? Orang itu juga termasuklah saya. Padahal Allah dah bagi pelbagai nikmat kepada diri ini.......

No comments:

Post a Comment