Friday, October 23, 2009

DeW@S@Ny@ SeOr@NG W@niT@


SALAM....
Saat ini memang kejutan yang besar dalam diri..... Sesungguhnya aku minta maaf kalau apa yang ditulis ini mengingkari janji aku yang takkan lepaskan cerita ini kepada sesiapapun. Terkejutnya aku dengan cerita ini mungkin tak mampu melawan hebatnya ko menerima perkara ini.....

Maaf sekali lagi.... Sebabnya memang aku sendiri tak sedar yang usia kita telah dewasa. Sehingga wujudnya cerita ini dalam diri kita. Aku masih lagi dengan gelak ketawa....huhahuha...
kesana kemari menghiburkan diri.... Sedangkan waktu ini seharusnya kita menilik kembali diri masing-masing.....


Mulanya kita bersahabat. Aku yakin dalam banyak ketaksamaan kita yang merapatkan hati kita. Aku dan kau bicara umpama ayam dan itik. Kau 'bersaya-awak' dan aku 'aku-ko'. Jiwa kita tak sama. Bagimu air mata itu penawar duka dan bagiku air mata itu tanda lemah. Takdir yang menemukan kita dalam keadaan berbeza juga. Kau membenciku kerana kekerasan diriku yang aku pupuk dari kecil kerana aku sedari kecil berdikari. Sedangkan kau sangat manja hingga kadang-kadang memualkan aku.


Semakin bertambah hari perkenalan kita baru kita sedar.... Adanya persamaan...... Ibu merupakan sahabat akrab kita. Itu yang aku nampak. Walaupun cara hidup ibu kita jauh berbeza. Tapi kasih mereka yang menyatukan kita.
Nasihat dan dorongan mereka membawa kepada rapatnya hubungan kita. Sehinggakan aku sanggup berbicara segala perkara yang biasanya aku jauhkan dari pengetahuan luar kecuali Ibu.... Kita rapat.... Sebagai kenalan..... kawan.... teman..... sahabat..... akrab...... dan kini aku yakin untuk mengakuimu sebagai saudaraku..... Andai ditanya kemana separuh nyawaku, akan kuhalakan kepadamu......


Masa dan takdir menjauhkan kita. Singkat perkenalan tak mungkin memutuskan persaudaraan. Teknologi masih menghubungkan kita. Ukhwah yang terbina membawa aku dan kau menjadi satu... Tapi sayangnya air matamu mengalir lagi. Lewat kekhilafan aku yang di rantauan ini yang lupa dengan diri dan janji. Kau sedarkan aku tentang jauhnya aku tinggalkan cara hidup lamaku. Kau sedarkan aku tentang kembalinya aku kepada jahiliah. Kau peringatkan aku tentang janjiku untuk menjadi Ainul Mardhiyah.


Aku jatuh kau hulurkan tangan.... Aku rebah kau berikan perlindungan..... Aku jahil kau peringatkan ilmu...... Sedangkan aku yang banyak berhutang di sini..... Akhirnya, kita putuskan di sini.... Pertemuan harus dilaksanakan. Agar tiada lagi curiga atau jahiliah yang bertandang... Aku turuti pertemuan itu..... Begitu juga dengan kau.....


Pertemuan yang dirancang akhirnya membuahkan hasil. Kau peringatkan janji kita untuk sama-sama merasa nikmat cinta Allah S.W.T. Kau sedarkan aku tentang haluan hidup yang aku impikan dulu..... Dan janji terbina semula....


Untuk berjaya tanpa ada yang melanggar agama....
Sebelum kuundur diri, kutanyakan padamu, adakah sesiapa yang bertakhta di hatimu.... Kau katakan dirimu belum lagi ke arah itu. Lantas, soalan beralih arah.... Aku ditanyakan pula soal hati. Yakin di situ aku menjawab. "Aku telah serahkan hatiku kepada seseorang yang Allah S.W.T simpankan dirinya untukku.... Aku belum menemuinya kerana aku belum cukup baik untuk menemuinya.... Jadi kuserahkan urusan hati ini kepada Allah S.W.T... Kerana aku yakin ketentuanNya..." Kau balas senyuman untukku. Akhirnya kau menyatakan yang aku kini telah kembali menjadi aku yang dulu.....


Kini, perhubungan kita masih rapat seperti dahulu. Kau tetap saudaraku. Tiba-tiba panggilanmu benar-benar mengganggu hidupku. Katamu ada warkah yang cuba mencuri hatimu. Aku ketawa di situ. Sangkaku kau hanya bergurau. Namun, dirimu masih tegar dengan pernyataanmu. Aku terpaku. Kemudian, katamu penulis warkah itu kini dalam usaha untuk menyuntingmu.... Lantas, air matamu mengalir lagi. Aku tak keruan di sini. Aku kaku dan kelu..


Selalunya akulah orangnya yang minta dinasihati... Akulah orangnya yang minta petunjuk di sini. Akulah orangnya yang menangis mengenangkan salah laku diri.... Sendu dan tangismu yang dulu sering menjadi senjatamu kini buatkan aku semakin lemah. Aku juga masih terapung-apung di dunia baru mencari saif terbaik untuk dirimu. Aku juga perlukan 1001 kekuatan untuk membantumu.....


Ishtikharahlah.... Itu yang mampu aku lafazkan saat itu sahabatku. Kerana aku tak mempunyai hujah yang kukuh untuk kau menolak lebah yang mengintaimu..... Aku juga tidak mempunyai hjah yang kukuh untuk kau terimanya sebagai imammu.... Dan kau tangiskan lagi...... Kau katakan yang sedari dulu kita pernah berjanji.... Berjanji untuk tidak terlibat dalam ikatan yang dilaknat Allah S.W.T.... Ikatan yang membawa kita mendekati zina. Zina yang bukan sahaja dari perlakuan tetapi juga fikiran. Zina mata, hati, anggota dan akal.....


Dan kita telah akui bersama... Lelaki dan wanita bukan muhrim hanya ada hubungan cinta dalam perkahwinan..... Tiada istilah couple, teman tapi mesra, kekasih, angkat dan sebagainya..... Yang kita halalkan hanyalah sebagai sahabat. Kita juga telah memutuskan. Gahnya seorang lelaki itu bukan dengan gayanya dia membawa keluar anak gadis lewat malam membonceng motor, gahnya seorang lelaki bukannya dengan hebatnya dia menyedut gas pembunuh, gahnya seorang lelaki bukan kerana memandu atau menunggang kenderaan yang bukan miliknya.... Tetapi gahnya seorang lelaki apabila dia dengan beraninya mahu bertemu dengan kedua ibu bapa dengan niat untuk menikahi.


Sendumu sekali lagi menarik pangkal hatiku saudaraku.... Aku juga bukan lagi anak gadis yang dahulunya gagah menahan air mata. Lewat kedewasaanku, sedikit sebanyak emosi juga mengait air mata. Tapi kutabahkan hatiku.... Kerana jika aku gagal di situ sebagai mendengar maka gagallah juga aku sebagai saudaramu......


Akhirnya aku sampaikan buatmu saudaraku......Nukilan kata yang dikirimkan oleh sahabat kita juga.... Yang sedang berkabung kepergian abang tersayang. Yang juga meruntuhkan hatiku saat mendengar sendunya menangisi perpisahan dengan saudara kandungnya.... Aku yakin... andai aku ditempatnya, tercabutlah nyawaku....
Kembali ke kisahmu, aku titipkan ini sebagai kekuatan untukmu. Bukan untuk mengganggu dirimu yang sedang memohon petunjukNya tetapi sebagai penilaian untukmu....

'Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).'

Buatmu si jejaka yang mengganggu ketenangan hidup kami, andai ikhlas niatmu, aku peringatkan.... Saudaraku itu mawar yang berduri..... warnanya berseri..... Dia juga apple di puncak tertinggi..... Jangan dipermainkan dirinya...... Andai niatmu hanya untuk bergurau senda, sedarlah gurauanmu tidak membawa kebaikan.... Andai untuk bertaruh, pertaruhanmu memang tidak berbaloi.... Sebabnya...... Bunga yang cuba kau pertaruhkan itu bunga yang tersembunyi......yang masih suci...... Janganlah hatinya disakiti.....Kerana dirinya kini telah menjadi sebahagian diriku..... Dialah saudaraku....




No comments:

Post a Comment